Pemergian Khaleda Zia: Bangladesh isytihar berkabung tiga hari

Khaleda Zia
Khaleda Zia
A
A
A

DHAKA - Kerajaan interim Bangladesh mengisytiharkan tempoh berkabung negara selama tiga hari bermula Rabu susulan pemergian bekas Perdana Menteri, Khaleda Zia, lapor Xinhua.

Kerajaan turut mengisytiharkan Rabu sebagai cuti umum.

Ketua Penasihat kerajaan interim Bangladesh Muhammad Yunus membuat pengumuman itu dalam ucapan yang disiarkan di televisyen pada Selasa.

Zia yang juga Pengerusi Parti Nasionalis Bangladesh, meninggal dunia akibat pelbagai masalah kesihatan pada usia 80 tahun di ibu negara Dhaka pada kira-kira jam 6 pagi waktu tempatan, menurut kenyataan parti itu di media sosial.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!