Tiada kompromi keganasan skala besar di Gaza - Anwar

Anwar Foto: Bernama
Anwar Foto: Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA – Malaysia menegaskan bahawa tiada kompromi terhadap sebarang keganasan berskala besar di Gaza, selepas perbincangan terkini di Florida bagi menangani fasa seterusnya proses keamanan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebarang kebangkitan semula keganasan akan mengorbankan nyawa orang awam pada tahap yang tidak dapat diterima dan terus melemahkan prospek keamanan yang sedia rapuh.

“Israel mesti dipertanggungjawabkan atas tindakan serta kewajipannya di bawah undang-undang antarabangsa

"Mengenai Gaza, saya mengambil maklum perbincangan terkini yang diadakan di Florida bertujuan menangani fasa seterusnya proses keamanan," katanya dalam sidang media di sini pada Selasa.

Mengenai pengiktirafan Israel terhadap sebuah wilayah dipanggil Somaliland, Anwar berkata, Malaysia menolak langkah berkenaan termasuk jika ia dijadikan destinasi pemindahan paksa atau pengusiran rakyat Palestin dari Gaza.

Tegasnya, pendirian Malaysia juga selaras sekumpulan besar negara antarabangsa lain dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang menolak pengiktirafan Israel terhadap wilayah berkenaan.

"Kami menyatakan bantahan tegas dan menyeluruh terhadap sebarang percubaan untuk menggunakan 'Somaliland' atau mana-mana wilayah lain, sebagai destinasi bagi pemindahan paksa atau pengusiran rakyat Palestin dari Gaza.

"Gagasan sedemikian sama sekali tidak boleh diterima, melanggar undang-undang antarabangsa dan prinsip kemanusiaan serta hanya akan mengekalkan ketidakadilan dan bukannya menyumbang kepada keamanan.

"Kami menolak semua tindakan yang melemahkan tertib undang-undang antarabangsa," katanya.

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Malaysia menegaskan tiada kompromi terhadap sebarang keganasan berskala besar di Gaza
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kebangkitan semula keganasan akan mengorbankan nyawa orang awam
  • Israel mesti dipertanggungjawabkan atas tindakan dan kewajipannya di bawah undang-undang antarabangsa
  • Malaysia menolak pengiktirafan Israel terhadap wilayah Somaliland dan penggunaannya sebagai destinasi pemindahan paksa rakyat Palestin
  • Pendirian Malaysia selaras dengan negara-negara antarabangsa lain dan Pertubuhan Kerjasama Islam yang menolak pengiktirafan Israel terhadap Somaliland

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!