Keluar beli makanan 4 kali sehari

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Beberapa individu memberi alasan keluar membeli makanan namun sehingga empat kali dalam sehari antara sebab mereka ditahan polis sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dalam masa sama mereka yang ditahan juga didapati masih berkumpul walaupun diarahkan bersurai.

“(Antara alasan) mereka ialah membeli makanan tetapi empat kali sehari orang sama, sehingga polis kenal, pagi keluar tengah hari keluar petang keluar malam keluar, atas alasan nak beli makanan. Jadi polis syak mereka bukan betul nak beli makan tapi sengaja keluar. Itu antara contoh.

“Selain itu masih ramai yang berkumpul di warung, kedai kopi, minum beramai-ramai, keluar dalam satu kumpulan yang ramai.

"Terdapat juga insiden rempuhan sekatan jalan raya pihak berkuasa oleh individu yang ingkar ini. Perkara seperti ini masih lagi berlaku, sebab itu polis ambil tindakan,” katanya dalam sidang akhbar harian Covid-19 hari ini.

Terdahulu beliau berkata, jumlah tangkapan direkodkan polis membabitkan individu yang mengingkari PKP semalam meningkat telah sekali ganda.

Jelasnya, seramai 649 orang ditahan semalam berbanding 320 orang kelmarin.

"73 orang dari 649 individu yang ditahan telah dihadapkan ke mahkamah.

Artikel Berkaitan:

"Walaupun tindakan tegas telah diambil, masih ramai lagi yang ingkar arahan. Polis akan melaksanakan tindakan lebih tegas terhadap individu yang masih ingkar terhadap PKP termasuk mengeluarkan kompaun," katanya.

Pada masa sama, Ismail Sabri juga menerusi 997 operasi sekatan jalan raya yang dijalankan semalam, sebanyak 301,938 kenderaan diperiksa membabitkan penambahan satu kali ganda berbanding hari sebelumnya.