Mohamad Hanifah letak jawatan Pengerusi PN Negeri Sembilan

Mohamad Hanifah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi PN Negeri Sembilan.
Mohamad Hanifah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi PN Negeri Sembilan.
A
A
A

SEREMBAN - Selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN), langkah sama turut diambil Pengerusi PN Negeri Sembilan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Negeri Sembilan, Mohamad Hanifah Abu Baker mengumumkan peletakan jawatannya itu berkuat kuasa 1 Januari depan.

"Saya mengambil maklum bahawa pelantikan saya sebagal Pengerusi PN Negeri Sembilan adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Pengerusi PN Malaysia.

"Sehubungan itu, saya dengan ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, keputusan itu dibuat dengan penuh rasa tanggungjawab serta selaras dengan prinsip menghormati struktur, hierarki dan tata kelola organisasi PN.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pimpinan, rakan-rakan parti, jentera serta penyokong PN Negeri Sembilan atas kerjasama, sokongan dan kepercayaan yang telah diberikan sepanjang memegang amanah tersebut.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • ]Mohamad Hanifah Abu Baker, ADUN Labu dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Negeri Sembilan, mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa 1 Januari
  • Keputusan peletakan jawatan dibuat selaras dengan prinsip menghormati struktur, hierarki dan tata kelola organisasi PN
  • Mohamad Hanifah mengucapkan terima kasih kepada pimpinan, rakan-rakan parti, jentera dan penyokong PN Negeri Sembilan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!