Persiapan bekalan daging Ramadan, Aidilfitri 2026 sudah bermula - Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR - Para penternak tempatan telah mula membuat persiapan bekalan daging bagi menghadapi bulan Ramadan serta sambutan Aidilfitri pada tahun hadapan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.
Menerusi hantaran di Facebook pada Ahad, Mohamad berkata, bekalan daging negara sepanjang tempoh tiga tahun kebelakangan ini sentiasa mencukupi untuk keperluan rakyat termasuk ketika permintaan meningkat semasa musim perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha.
Beliau berkata, umat Islam dijangka menyambut Ramadan pada Februari manakala Aidilfitri di penghujung Mac 2026.
"Persiapan bekalan daging sudah pun dimulakan dari sekarang oleh penternak tempatan… dengan perancangan awal, kerjasama penternak dan sokongan dasar yang betul, bekalan daging untuk rakyat tahun hadapan juga akan terus terjamin,” katanya. - Bernama
Ringkasan AI
- Para penternak tempatan telah mula membuat persiapan bekalan daging untuk bulan Ramadan serta sambutan Aidilfitri tahun hadapan
- Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, mengumumkan situasi bekalan daging melalui Facebook
- Bekalan daging negara mencukupi selama tiga tahun terakhir termasuk musim perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha
- Ramadan dijangka pada Februari dan Aidilfitri di penghujung Mac 2026
- Dengan perancangan awal dan sokongan dasar yang betul, bekalan daging untuk tahun hadapan terjamin
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
