Serigala terlepas dari kandang zoo, pengunjung lari selamatkan diri

Seekor serigala terlepas di dalam kawasan zoo di barat Tokyo. Foto hiasan/AFP
Seekor serigala terlepas di dalam kawasan zoo di barat Tokyo. Foto hiasan/AFP
A
A
A

TOKYO - Seekor serigala terlepas di dalam kawasan sebuah zoo di barat Tokyo pada Ahad, menyebabkan pengunjung bertempiaran menyelamatkan diri ke dalam bangunan serta kawasan selamat lain, menurut pengendali zoo itu, lapor Agensi Berita Kyodo.

Menurut Taman Zoologi Tama di Hino, serigala berkenaan dilihat berada di laluan awam selepas zoo itu dibuka kepada pengunjung pada 9.30 pagi waktu tempatan.

Pihak pengurusan kemudian mengesahkan bahawa serigala itu masih berada di dalam kawasan zoo berkenaan.

Zoo terbabit kini sedang berusaha menangkap haiwan itu, dan setakat ini tiada kecederaan dilaporkan. - Bernama-Kyodo

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seekor serigala terlepas di dalam kawasan zoo di barat Tokyo menyebabkan pengunjung bertempiaran menyelamatkan diri
  • Serigala itu dilihat berada di laluan awam selepas zoo dibuka kepada pengunjung
  • Pengurusan mengesahkan serigala masih berada dalam kawasan zoo
  • Usaha menangkap haiwan itu sedang dijalankan oleh pihak zoo
  • Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!