Tiada cuti tambahan pada Ahad ini di Kelantan

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan menegaskan tiada cuti tambahan pada Ahad ini sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad V.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, kerajaan negeri hanya mengisytiharkan cuti umum pada Isnin dan Selasa, manakala Ahad kekal sebagai hari bekerja seperti biasa.
“Bagi sekolah di bawah YIK (Yayasan Islam Kelantan), terdapat permohonan daripada Pengarah supaya cuti ganti diberikan kepada sekolah yang memohon.
“Tidak semua sekolah terlibat, hanya yang merasakan perlu cuti ganti boleh memohon dan Insya-ALLAH kerajaan melalui YIK akan pertimbangkan,” katanya semasa sidang akhbar selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim di sini pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung kekeliruan orang ramai mengenai cuti tambahan yang dikatakan diberikan pada Ahad ini.
Menurutnya, ia susunan cuti rasmi negeri bermula Jumaat dan Sabtu sebagai hujung minggu, Ahad bekerja, manakala Isnin dan Selasa adalah cuti umum sempena Hari Keputeraan.
Ringkasan AI
- Kerajaan Kelantan menegaskan tiada cuti tambahan pada Ahad ini sempena Hari Keputeraan Sultan Muhammad V
- Kerajaan negeri hanya mengisytiharkan cuti umum pada Isnin dan Selasa
- Ahad kekal sebagai hari bekerja seperti biasa
- Sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan boleh memohon cuti ganti jika perlu
- Susunan cuti rasmi negeri ialah Jumaat dan Sabtu hujung minggu, Ahad bekerja, Isnin dan Selasa cuti umum
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

