Bekas penyerang Liverpool, England berdepan risiko penjara

ANDY CARROL
ANDY CARROL
A
A
A

BEKAS penyerang England, Liverpool dan Newcastle United, Andy Carroll berdepan kemungkinan hukuman penjara selepas didakwa melanggar perintah larangan gangguan.

Memetik laporan portal antarabangsa, butiran terperinci mengenai kes tersebut tidak boleh didedahkan atas sebab perundangan, namun difahamkan bekas pemain antarabangsa England itu ditahan pada April lalu dengan kesalahan didakwa dilakukan sebulan sebelum itu.

Sebelum ini, media melaporkan seorang bekas pemain Liga Perdana Inggeris ditahan di sebuah lapangan terbang di hadapan penumpang lain sejurus tiba di United Kingdom. Identiti pemain tersebut kini disahkan sebagai Carroll selepas pihak polis secara rasmi mendakwanya.

Carroll ditahan sejurus turun dari penerbangan di Lapangan Terbang Stansted selepas pulang dari Perancis.

Perintah larangan gangguan adalah satu bentuk injunksi yang dikeluarkan oleh mahkamah sivil bertujuan menghalang seseorang daripada mendekati, menghubungi atau berada berhampiran individu lain atau kediaman mereka.

Individu yang melanggar perintah tersebut boleh berdepan tindakan jenayah yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, bergantung kepada keadaan kes.

Menurut sumber kepada The Sun ketika penahanan dibuat, isu tersebut dipercayai timbul selepas dikesan oleh pegawai pasukan semapadan di bahagian kawalan pasport.

"Ia mencetuskan sedikit kekecohan memandangkan terdapat ramai penumpang lain di lokasi kejadian ketika dia ditahan," kata sumber itu.

Karier bola sepak Carroll menyaksikan turun naik sejak memulakan langkah di Newcastle sebelum perpindahan berprofil tinggi bernilai £35 juta ke Liverpool pada 2011. Namun, dia gagal menyerlah di Anfield dengan hanya menjaringkan 11 gol dalam 58 penampilan sebelum berhijrah ke West Ham.

Artikel Berkaitan:

Dia kemudiannya beraksi untuk West Brom dan Reading dalam saingan Kejuaraan, sebelum berpindah ke kelab divisyen dua Perancis, Amiens dan seterusnya Bordeaux.

Carroll kini beraksi untuk kelab Dagenham and Redbridge dalam saingan National League South selepas menyertai mereka secara percuma pada Julai lalu dengan kontrak selama tiga tahun.

Ringkasan AI

  • Andy Carroll berdepan kemungkinan hukuman penjara selepas didakwa melanggar perintah larangan gangguan
  • Bekas pemain antarabangsa England itu ditahan pada April dengan kesalahan dilakukan sebulan sebelum itu
  • Identiti Carroll sebagai individu yang ditahan di lapangan terbang disahkan selepas pihak polis mendakwanya
  • Perintah larangan gangguan menghalang seseorang daripada mendekati atau menghubungi individu tertentu
  • Carroll kini bermain untuk Dagenham and Redbridge dalam saingan National League South

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!