Krisis, bencana cengkam dunia

Krisis dan bencana tumpuan sepanjang tahun 2025.
Krisis dan bencana tumpuan sepanjang tahun 2025.
A
A
A

PELBAGAI peristiwa, cabaran besar dan menampilkan krisis yang lebih kompleks serta situasi tidak menentu dapat disaksikan pada 2025. Konflik antarabangsa dan fenomena perubahan iklim yang menyebabkan bencana alam luar biasa terus mendominasi berita sepanjang tahun ini.

1. Trump kembali ke Rumah Putih

20 Januari 2025: Presiden AS, Donald Trump kembali memegang jawatan untuk penggal kedua di Rumah Putih. Pada hari pertama, Presiden ke-47 AS itu menandatangani 26 perintah eksekutif, hampir 50 tindakan eksekutif yang membalikkan dasar-dasar era pentadbiran pendahulunya, Joe Biden.

No Image Caption

2. LA musnah dijilat api

7-31 Januari 2025: Kira-kira 14 kebakaran hutan dahsyat melanda Los Angeles (LA) dan San Diego yang didiami golongan selebriti terkenal di California, AS. Ia memaksa pemindahan lebih 200,000 penduduk, kira-kira 18,000 kediaman dan struktur terbakar serta lebih 23,281 hektar kawasan musnah dijilat api.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

3.Angkasawan NASA kembali ke bumi

18 Mac 2025: Angkasawan NASA, Suni Williams dan Butch Wilmore yang terkandas di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) selama sembilan bulan kerana masalah teknikal pada kapsul Boeing, Starliner akhirnya kembali semula ke bumi dengan menaiki kapsul SpaceX, Dragon.

No Image Caption

4.Presiden Korea Selatan dipecat

4 April 2025: Yoon Suk Yeol disingkirkan selepas Mahkamah Perlembagaan mengekalkan keputusan pemecatannya yang dibuat pada Disember 2024 kerana mengisytiharkan undang-undang tentera. Pada 3 Jun, Lee Jae-Myung kemudiannya dilantik sebagai pengganti beliau.

No Image Caption

21 April 2025: Pemimpin Gereja Katolik sejak 2013, Paus Francis meninggal dunia pada usia 88 tahun dan digantikan oleh Paus Leo XIV.

5.Konflik India-Pakistan

7 Mei 2025: India membedil beberapa lokasi di Pakistan sebagai respons terhadap insiden serangan di Pahalgam hingga mencetuskan tindak balas segera Islamabad. Pertempuran di sempadan itu berlarutan selama empat hari sebelum perjanjian gencatan senjata dicapai.

No Image Caption

6.Krisis sempadan Thailand-Kemboja

26 Julai 2025: Lebih 150,000 orang awam di sempadan Bangkok dan Phnom Penh terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing setelah pertempuran meningkat, namun keadaan reda setelah pelaksanaan gencatan senjata. Situasi kembali tegang sejak 7 Disember lalu sebelum gencatan senjata akhirnya dipersetujui pada 27 Disember 2025.

No Image Caption

7.Gempa kuat gegar Rusia

30 Julai 2025: Gempa berkekuatan 8.8 skala Richter menggegar Semenanjung Kamchatka di Timur Jauh Rusia hingga mencetuskan amaran tsunami di Lautan Pasifik. Pada 3 Ogos, gunung berapi Krasheninnikov di Kamchatka meletus buat pertama kali dalam tempoh 600 tahun dipercayai akibat gegaran kuat tersebut.

No Image Caption

8.Gelombang protes Gen Z

8 September 2025: Golongan muda melancarkan tunjuk perasaan sebagai membantah larangan terhadap media sosial dan amalan rasuah di Kathmandu. Demonstrasi itu kemudiannya bertukar ganas apabila peserta protes bertindak membakar bangunan kerajaan hingga memaksa pengunduran Perdana Menteri, K P Sharma Oli.

No Image Caption

9.Perjanjian gencatan senjata Hamas-Israel

10 Oktober 2025: Hamas dan Israel akhirnya bersetuju dengan pelaksaan fasa pertama gencatan senjata yang dicadangkan AS. Ia menyaksikan pertukaran perjanjian tahanan dan penghantaran bantuan ke Gaza. Tempoh bertenang itu bagaimanapun dicabuli Zionis hingga kini.

No Image Caption

10.Kebakaran pangsapuri terburuk

26 November 2025: Tujuh blok pangsapuri Wang Fuk Court di Hong Kong musnah dijilat api dan meragut 159 nyawa. Ia menjadi kebakaran paling dahsyat dalam tempoh beberapa dekad. Siasatan awal mendapati ia berpunca daripada bahan binaan yang tidak mematuhi piawaian keselamatan.

10
10

11.Banjir dahsyat landa Asia

November-awal Disember: Ribut tropika dan hujan lebat berterusan telah mencetuskan banjir dahsyat di tiga wilayah Pulau Sumatera di Indonesia, Thailand dan Sri Lanka yang mengorbankan lebih 1,200 mangsa. Wilayah Aceh, Sumatera Barat dan Sumatera Utara masih bergelut berikutan sebahagian besar kawasan musnah akibat bencana luar biasa itu.

No Image Caption

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!