X

Kindly register in order to view this article
!

Masih ada yang anjur parti dengan ingkar PKP

Sebahagian yang ditangkap kerana menganjurkan parti dalam tempoh PKP.
A
A

JOHOR BAHRU - Polis menahan 30 individu termasuk remaja berusia 15 dan 17 tahun dalam serbuan berasingan membabitkan tiga kediaman malam tadi kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Operasi di sebuah kondominium di Jalan Tanjung Puteri itu dilakukan anggota dan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan dari jam 8.30 hingga 11.30 malam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, ketika serbuan kesemua suspek terdiri daripada 20 lelaki dan 10 wanita berusia di antara 15 hingga 26 tahun itu berada dalam parti persendirian.

Menurutnya, hasil ujian air kencing mendapati 17 daripada mereka positif dadah jenis methamphetamin dan ketamin.

"Suspek akan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Peraturan 7 Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengiystiharan Kawasan Tempatan Berjangkit) 2020," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, menurut Shahurinain seramai 13 individu ditahan membabitkan sembilan lelaki dan empat wanita dalam serbuan di Setia Sky 88, Jalan Abdulah Tahir pada 10.40 pagi ini.

Beliau berkata, pemeriksaan ke atas semua suspek sedang dilakukan termasuk ujian air kencing.

"Kita turut menjalankan sekatan jalan raya yang dilakukan di Country Garden Lebuhraya Sultan Iskandar di sini pukul 7.30 malam tadi. Dua beradik berusia 15 dan 20 tahun dan seorang lagi berusia 16 tahun ditahan ditahan kerana melanggar PKP.

Tambahnya, mereka disiasat di bawah Seksyen 12 ADB dan Peraturan 7 Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengiystiharan Kawasan Tempatan Berjangkit) 2020.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus