Tiga maut, 5 cedera dalam letupan di masjid di Homs, Syria

Tiga maut manakala lima lagi cedera dalam satu letupan di Masjid Imam Ali di wilayah Homs, Syria - Foto: Agensi
Tiga maut manakala lima lagi cedera dalam satu letupan di Masjid Imam Ali di wilayah Homs, Syria - Foto: Agensi
A
A
A

BEIRUT - Tiga maut manakala lima lagi cedera dalam satu letupan di Masjid Imam Ali di wilayah Homs, Syria, menurut Agensi Berita Syria (SANA) pada Jumaat, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Terdahulu pada hari yang sama, penyiar Lubnan Al Mayadeen melaporkan bahawa satu letupan berlaku di masjid berkenaan, dengan laporan menyatakan terdapat mangsa terkorban.

Menurut laporan awal, seorang pengebom bunuh diri meletupkan dirinya ketika solat Jumaat sedang berlangsung. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Tiga maut dalam letupan di Masjid Imam Ali di Homs, Syria
  • Lima lagi cedera dalam kejadian tersebut
  • Agensi Berita Syria (SANA) melaporkan pada Jumaat
  • Penyiar Lubnan Al Mayadeen turut melaporkan tentang letupan itu
  • Seorang pengebom bunuh diri meletupkan diri ketika solat Jumaat sedang berlangsung

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!