Suami maut, isteri cedera kereta dinaiki terbalik

Kereta jenis Toyota Corolla Altis dinaiki sepasang suami isteri terbabas dan terbalik mengakibatkan seorang maut akibat tersepit di tempat duduk pemandu. Foto Bomba Perak
Kereta jenis Toyota Corolla Altis dinaiki sepasang suami isteri terbabas dan terbalik mengakibatkan seorang maut akibat tersepit di tempat duduk pemandu. Foto Bomba Perak
A
A
A

IPOH - Seorang lelaki maut manakala isterinya cedera selepas kereta dinaiki terbabas dan terbalik di Jalan Sultan Idris Shah di sini pada Rabu.

Dalam kejadian sekitar jam 8 pagi itu, mangsa berusia 55 tahun tersepit di bahagian pemandu sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan.

Isterinya berusia 48 tahun pula hanya mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.06 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh dikejarkan ke lokasi.

Anggota melakukan kerja penyelamatan menggunakan peralatan hidraulik sehingga mangsa berjaya dikeluarkan. Foto Bomba Perak
Anggota melakukan kerja penyelamatan menggunakan peralatan hidraulik sehingga mangsa berjaya dikeluarkan. Foto Bomba Perak

"Setiba di lokasi, didapati kereta jenis Toyota Corolla Altis telah terbabas dan terbalik. Seorang mangsa didapati tersepit di tempat duduk pemandu.

"Ketua operasi kemudian mengarahkan anggota melaksanakan kerja penyelamatan menggunakan peralatan hidraulik sehingga mangsa berjaya dikeluarkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa cedera diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Artikel Berkaitan:

Operasi yang disertai sembilan anggota bersama sebuah jentera itu tamat sepenuhnya jam 8.53 pagi.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!