Flat Seri Perantau: TNB ambil langkah proaktif, sedia bekalan elektrik sementara

Ambil langkah proaktif dengan menyediakan bekalan elektrik sementara kepada sebahagian penduduk sejak 17 Disember lalu

Laporan Sinar Harian mengenai Flat Seri Perantau yang berdepan masalah bekalan elektrik akibat kebakaran di bilik sesalur elektrik.
Laporan Sinar Harian mengenai Flat Seri Perantau yang berdepan masalah bekalan elektrik akibat kebakaran di bilik sesalur elektrik.
A
A
A

PELABUHAN KLANG – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menegaskan kejadian kebakaran di bilik sesalur elektrik (DB) di Flat Seri Perantau di sini yang menyebabkan gangguan bekalan elektrik adalah di luar pengurusan pihak utiliti terbabit.

Dalam kenyataannya, TNB memaklumkan bilik sesalur elektrik berkenaan berada di bawah pengurusan pihak bangunan dan difahamkan kontraktor yang dilantik oleh pengurusan flat sudah memulakan kerja-kerja pembaikan di lokasi terjejas.

Bagaimanapun menurut TNB, pihaknya mengambil langkah proaktif dengan menyediakan bekalan elektrik sementara kepada sebahagian penduduk sejak 17 Disember lalu bagi mengurangkan ketidakselesaan dialami penghuni flat terjejas.

"TNB sentiasa bersedia untuk menyalurkan semula bekalan elektrik sepenuhnya sebaik sahaja kerja pembaikan disiapkan dan disahkan selamat untuk penyambungan semula," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

TNB turut memberi jaminan pasukan teknikalnya akan terus bekerjasama dengan pihak pengurusan bangunan bagi memastikan keselamatan dan kelancaran proses penyambungan semula bekalan elektrik kepada semua penduduk terlibat.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan, kira-kira 200 penduduk membabitkan 82 unit rumah di Blok C Flat Seri Perantau, di sini terus berdepan kesukaran hidup selepas 18 hari tidak menerima bekalan elektrik susulan kebakaran mengejut di DB flat itu sejak 7 Disember lalu.

Penduduk, Sulaiman Manan, 76, yang tinggal di tingkat tiga berkata, ketiadaan elektrik amat menyukarkan kerana dia bergantung kepada mesin oksigen setiap hari.

Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor, Datuk Borhan Aman Shah yang dihubungi berkata, kerajaan Selangor sedang mengambil langkah membantu penduduk terbabit.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • TNB menegaskan kejadian kebakaran di bilik sesalur elektrik di Flat Seri Perantau di luar pengurusan mereka Bilik sesalur elektrik di bawah pengurusan bangunan dan kontraktor sudah memulakan kerja-kerja pembaikan TNB menyediakan bekalan elektrik sementara kepada sebahagian penduduk sejak 17 Disember TNB bersedia menyambung semula bekalan elektrik sepenuhnya setelah kerja pembaikan selesai dan selamat Penduduk Flat Seri Perantau menghadapi kesukaran hidup selepas terputus bekalan elektrik akibat kebakaran

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!