Malam Krismas di KL dicemari sampah

KUALA LUMPUR - Beberapa lokasi tumpuan pelancong di sekitar Jalan Bukit Bintang di sini didapati dipenuhi sampah dan kotor susulan sambutan perayaan Krismas yang berlangsung malam tadi.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan, tindakan segelintir pihak yang membuang sampah merata-rata itu telah menjejaskan kebersihan dan imej bandar raya.
Menurut DBKL, kerja-kerja pembersihan segera dilaksanakan di kawasan pusat bandar bagi memastikan persekitaran kembali bersih, teratur dan selesa untuk orang ramai.

"Walaupun orang ramai meraikan suasana malam perayaan, tanggungjawab menjaga kebersihan tetap perlu diutamakan.
"Elakkan membuang sampah sesuka hati, gunakan tong sampah yang disediakan dan pelihara ruang awam yang kita kongsi bersama," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.
DBKL menegaskan sikap bertanggungjawab setiap individu akan memberi kesan besar kepada kebersihan bandar.
Ringkasan AI
- Lokasi tumpuan pelancong di sekitar Jalan Bukit Bintang dipenuhi sampah susulan sambutan Krismas
- DBKL menyatakan kebersihan dan imej bandar raya terjejas akibat tindakan membuang sampah merata-rata
- Kerja-kerja pembersihan segera dilaksanakan di kawasan pusat bandar
- DBKL mengingatkan orang ramai tentang tanggungjawab menjaga kebersihan
- Sikap bertanggungjawab individu penting untuk kebersihan bandar
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
