Pastikan mood sentiasa dalam keadaan baik: Jurgen Klopp

Jurgen Klopp. Foto Gettyimages
Jurgen Klopp. Foto Gettyimages
A
A
A

“Walaupun tidak memotong rumput,, tetapi saya telah cuba tarian Ox. Ia bukannya tidak baik seperti yang anda fikirkan,” reaksi pengendali Liverpool, Jurgen Klopp.

Beliau berkata demikian bagi mengulas aksi Alex Oxlade-Chamberlain yang berkongsi tarian bersama teman wanitanya, Parrie Edwards serta James Milner yang ‘memotong rumput’ menggunakan gunting menerusi paparan di media sosial.

Klopp berkata, berdasarkan paparan di media sosial seperti itu, dia sekurang-kurangnya mengetahui kesebelasan anak didiknya itu berada dalam keadaan yang baik pada ketika saingan EPL ‘berehat.’

Malah menurutnya, perkara sedemikian dilihat penting untuk memastikan mood seseorang sentiasa dalam keadaan terbaik.

“Perkara sebegini penting khususnya pada ketika ini terutamanya untuk bagaimana mengekalkan mood dalam keadaan baik.

“Biarpun dalam saat begini (pandemic Covid-19), penting untuk kita lihat perkara ini dengan serius, tetapi kita hanyalah manusia biasa dan perlu mengekalkan mood yang baik untuk orang lain.

“Sama seperti yang pemain kami lakukan di Instagram, selagi ianya tidak menyalahi undang-undang saya menyukainya kerana ia kelakar dan bagus,” katanya menerusi laman web rasmi kelab berkenaan Liverpoolfc.com.

Sementara itu, Klopp berkata, berdasarkan paparan media sosial berkenaan, dia dapat mengetahui bahawa keseluruhan kem The Reds itu berada dalam keadaan baik dengan kesebelasan pemain saling berhubung antara satu sama lain menerusi kumpulan WhatsApp pasukan berkenaan.

Malah menurutnya, paparan media sosial sebegitu turut membuatkan penyokong terhibur khususnya menerusi aksi tarian Alex Oxlade-Chamberlain dan memotong rumput oleh James Milner.

Artikel Berkaitan:

“Kami ada aplikasi bersembang berkumpulan yang besar di mana seluruh Melwood ada di dalamnya dan pemain dilihat cukup aktif dan bersemangat apabila mereka cukup berminat dengan aktiviti semua orang, jika Ox (Chamberlain) menerusi laman instagram atau apa sahaja.

“Saya mengakui sentiasa memantau aktiviti kesebelasan anak didiknya menerusi media sosial; ia nyata membantu dan mood mereka juga dalam keadaan baik.

Untuk rekod, Liverpool kini berada 25 mata di puncak EPL (berbanding pencabar terdekat) apabila saingan liga berkenaan dihentikan (akibat pandemik Covid-19) di seluruh dunia ketika ini.