Keahlian tiga ADUN Pas Perlis terhenti serta-merta - Abdul Hadi

Abdul Hadi
Abdul Hadi
A
A
A

KANGAR – [DIKEMAS KINI] Pas memutuskan keahlian tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis daripada parti itu terhenti serta-merta susulan tindakan mereka menandatangani akuan bersumpah (SD) yang didakwa menjejaskan kepimpinan kerajaan negeri.

Tiga ADUN terbabit ialah Saad Seman (Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji).

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, ketetapan tersebut dibuat menerusi Mesyuarat Khas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang bersidang di Pejabat Presiden Pas di Rusila, Marang, Terengganu pada Rabu.

Menurut beliau, mesyuarat berkenaan telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan Pas (Pindaan 2025) bahawa keahlian tiga wakil rakyat terbabit terhenti serta-merta.

“Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang bersidang hari ini telah membuat ketetapan bahawa ahli-ahli Badan Perundangan Pas berikut adalah terhenti serta-merta keahliannya sebagai ahli Pas,” katanya dalam satu kenyataan.

Abdul Hadi berkata, parti tersebut akan memaklumkan keputusan tersebut secara rasmi kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perlis bagi memenuhi peruntukan Perkara 50A(1)(a)(ii) Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis (Pindaan) 2022.

Terdahulu, media tempatan melaporkan pergolakan di dalam Perikatan Nasional (PN) Perlis Arabia terdapat lapan ADUN Perlis didakwa tidak lagi menyokong kepimpinan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.

Mereka didakwa telah menyerahkan SD berkenaan kepada pihak Istana Perlis pada Jumaat lalu.

Menurut laporan tersebut, kumpulan ADUN terbabit didakwa melibatkan tiga ADUN Pas dan selebihnya daripada Bersatu.

Artikel Berkaitan:

Sebagai rekod, Perlis mempunyai 15 kerusi DUN dan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, PN mencipta sejarah apabila memenangi 14 kerusi, manakala Pakatan Harapan (PH) hanya memenangi satu kerusi di DUN Indera Kayangan.

Ringkasan AI

  • Pas memutuskan keahlian tiga ADUN Perlis dari partinya terhenti serta-merta karena menandatangani SD yang menjejaskan kepimpinan negeri
  • Tiga ADUN tersebut adalah Saad Seman (Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji)
  • Keputusan dibuat dalam Mesyuarat Khas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat di Rusila, Terengganu
  • Keputusan berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan Pas (Pindaan 2025)
  • Pas akan memaklumkan keputusan ini kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perlis

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!