Maybank alami gangguan, perkhidmatan DuitNow terjejas

Maybank memaklumkan bahawa perkhidmatannya sedang mengalami gangguan yang menjejaskan DuitNow, termasuk pembayaran QR, pemindahan wang, pembayaran bil serta transaksi berkaitan. Gambar hiasan
Maybank memaklumkan bahawa perkhidmatannya sedang mengalami gangguan yang menjejaskan DuitNow, termasuk pembayaran QR, pemindahan wang, pembayaran bil serta transaksi berkaitan. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malayan Banking Bhd (Maybank) memaklumkan bahawa perkhidmatannya sedang mengalami gangguan yang menjejaskan DuitNow, termasuk pembayaran QR, pemindahan wang, pembayaran bil serta transaksi berkaitan.

Menerusi kenyataan di platform X pada Rabu, Maybank berkata, beberapa transaksi berkemungkinan mengambil masa lebih lama atau tergendala untuk sementara waktu.

“Dalam tempoh itu, anda boleh terus menggunakan kemudahan GIRO Antara bank seperti biasa bagi tujuan penghantaran wang.

“Kami sedang mengambil langkah untuk memulihkan perkhidmatan yang terjejas dengan secepat mungkin,” katanya.

Maklumat lanjut atau bantuan boleh diperoleh menerusi mgcc@maybank.com atau menghubungi talian 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (luar negara). - Bernama

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Maybank mengalami gangguan pada perkhidmatannya termasuk DuitNow, pembayaran QR, pemindahan wang, dan pembayaran bil
  • Beberapa transaksi mungkin mengambil masa lebih lama atau tergendala sementara
  • Pengguna boleh menggunakan kemudahan GIRO Antara bank untuk penghantaran wang
  • Maybank berusaha memulihkan perkhidmatan yang terjejas secepat mungkin
  • Maklumat lanjut atau bantuan boleh diperoleh melalui email atau talian yang disediakan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!