Waktu operasi kaunter PPZ-MAIWP dilanjutkan pada 22 hingga 31 Disember

Waktu operasi kaunter PPZ-MAIWP dilanjutkan bermula 22 hingga 31 Disember 2025 ini.
Waktu operasi kaunter PPZ-MAIWP dilanjutkan bermula 22 hingga 31 Disember 2025 ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Waktu operasi 10 kaunter Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dilanjutkan bagi memberi ruang kepada pembayar menunaikan kewajipan berzakat sebelum berakhir tahun 2025.

Institusi itu dalam kenyataannya memaklumkan bermula 22 hingga 31 Disember ini, semua kaunter PPZ-MAIWP akan beroperasi bermula 8 pagi sehingga 9 malam kecuali di UTC Pudu Sentral sehingga 8 malam.

Katanya, pembayar yang mengunjungi kaunter PPZ-MAIWP akan mendapat cenderahati istimewa seperti 'shopping bag' eksklusif dan kalendar 2026.

"Bagi memeriahkan suasana hujung tahun, pembayar zakat yang berurusan di kaunter-kaunter PPZ-MAIWP akan disambut dengan jamuan ringan, serta booth asnaf dan rakan strategik yang disediakan khas untuk pengunjung," kata kenyataan itu. 

Tambahnya, pembayar zakat juga boleh membuat bayaran secara online melalui portal PPZMAIWP di www.zakat.com.my, Aplikasi MyZakat serta melalui ejen-ejen bayaran yang dilantik seperti perbankan internet dan juga e-Wallet.

"Bagi pembayar yang tidak berkesempatan untuk mengunjungi kaunter PPZ-MAIWP dan mahukan perkhidmatan secara personal boleh mendapatkan perkhidmatan Amil2U di mana pegawai PPZ-MAIWP akan hadir ke lokasi pembayar untuk urusan pembayaran zakat," katanya.

Jelas kenyataan itu lagi, tempahan perkhidmatan boleh dibuat di mytemujanji.zakat.com.my.

"PPZ-MAIWP turut menawarkan perkhidmatan Zakat 1 Call Away membolehkan pembayar menunaikan zakat dengan mudah hanya melalui talian zakat kami di 1 300 88 5757.

"PPZ-MAIWP menyeru orang ramai agar segerakan bayaran zakat di PPZ-MAIWP pada atau selewat-lewatnya 31 Disember 2025 bagi mendapatkan 100 peratus rebat cukai pendapatan tahun taksiran 2025.

Artikel Berkaitan:

"Sempena Kempen Year End Zakat 2025, pembayar juga berpeluang untuk memenangi pakej umrah dan lebih 1,500 hadiah menarik yang akan diumumkan pada Februari 2026," katanya.

Ringkasan AI

  • Waktu operasi 10 kaunter Pusat Pungutan Zakat MAIWP dilanjutkan hingga 9 malam kecuali UTC Pudu Sentral hingga 8 malam dari 22 hingga 31 Disember
  • Pembayar zakat di PPZ-MAIWP akan mendapat cenderahati seperti shopping bag eksklusif dan kalendar 2026
  • Pembayar zakat disambut dengan jamuan ringan dan booth asnaf serta rakan strategik
  • Pembayaran zakat boleh dilakukan secara online atau melalui ejen-ejen bayaran termasuk perbankan internet dan e-Wallet
  • Kempen Year End Zakat 2025 menawarkan peluang memenangi pakej umrah dan lebih 1,500 hadiah, diumumkan pada Februari 2026

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!