Luruan monsun dijangka berlaku pada 25 hingga 29 Disember ini - MetMalaysia

Luruan monsun dijangka berlaku pada 25 hingga 29 Disember ini di Timur Semenanjung Malaysia yang berpotensi menyebabkan
hujan berterusan di kawasan tersebut.
Luruan monsun dijangka berlaku pada 25 hingga 29 Disember ini di Timur Semenanjung Malaysia yang berpotensi menyebabkan hujan berterusan di kawasan tersebut.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Luruan monsun dijangka berlaku pada 25 hingga 29 Disember ini yang berpotensi menyebabkan hujan berterusan di Timur Semenanjung Malaysia.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, analisis terhadap model-model cuaca terkini juga menunjukkan angin kencang dan laut bergelora dijangka berlaku di Laut China Selatan.

"Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web rasmi www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya dalam kenyataan yang dikongsikan di Facebook MetMalaysia, hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Luruan monsun dijangka berlaku pada 25 hingga 29 Disember ini di Timur Semenanjung Malaysia
  • Potensi hujan berterusan di kawasan tersebut
  • Angin kencang dan laut bergelora dijangka berlaku di Laut China Selatan
  • Orang awam dinasihatkan merujuk laman web rasmi www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia
  • Memuat turun aplikasi myCuaca untuk maklumat terkini dan sahih

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!