Menteri Besar Perlis dibenarkan keluar hospital

Mohd Shukri dibenarkan keluar Dari sebuah hospital di ibu kota selepas menerima rawatan pada Selasa.
Mohd Shukri dibenarkan keluar Dari sebuah hospital di ibu kota selepas menerima rawatan pada Selasa.
A
A
A

KANGAR – Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dibenarkan keluar dari sebuah hospital di ibu negara pada petang Selasa selepas menerima rawatan dan menjalani pemeriksaan lanjut susulan mengadu mengalami sakit dada sebelum ini.

Beliau dalam kenyataan pada Selasa merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan beliau sepanjang menerima rawatan.

“Alhamdulillah, saya selamat dibenarkan keluar hospital petang tadi. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan saya. Mudah-mudahan kita semua dikurniakan kerahmatan oleh ALLAH,” katanya.

Pada Isnin, media melaporkan Mohd Shukri dimasukkan ke sebuah hospital di ibu negara selepas mengadu sakit dada sejurus pulang daripada urusan luar negara.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Perlis, Mohamad Azreen Jumri berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang itu dikejarkan ke hospital bagi menjalani pemeriksaan lanjut sebagai langkah berjaga-jaga.

Difahamkan, sebelum kejadian Mohd Shukri baru sahaja mengadakan lawatan kerja ke Shanghai, China bagi menghadiri Karnival Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) yang bertujuan menarik pelaburan serta memperkukuh daya saing perusahaan tempatan di Perlis.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dibenarkan keluar dari hospital selepas menerima rawatan dan pemeriksaan lanjut akibat sakit dada
  • Mohd Shukri merakamkan penghargaan kepada semua yang mendoakan kesihatannya
  • Beliau dimasukkan ke hospital susulan aduan sakit dada setelah pulang dari urusan luar negara
  • Pemeriksaan lanjut dijalankan sebagai langkah berjaga-jaga
  • Sebelum itu, Mohd Shukri mengadakan lawatan kerja ke Shanghai untuk Karnival Halal Antarabangsa Malaysia bagi menarik pelaburan dan memperkukuh daya saing perusahaan tempatan di Perlis

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!