MB Perlis sakit dada, kini dirawat di ibu negara

KANGAR - Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli kini menerima rawatan di sebuah hospital di ibu negara selepas mengalami sakit dada sebaik kembali daripada urusan luar negara.
Pejabat Menteri Besar Perlis dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan bahawa beliau segera dikejarkan ke hospital itu untuk pemeriksaan lanjut selepas mengadu sakit dada.
"Setakat ini, keadaan beliau stabil dan mohon semua rakyat Perlis mendoakan agar beliau sihat sejahtera dan dilindungi ALLAh SWT daripada sebarang musibah," menurut kenyataan itu yang dimuat naik di Facebook. - Bernama
Ringkasan AI
- Menteri Besar Perlis menerima rawatan di hospital di ibu negara kerana sakit dada
- Beliau dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut selepas kembali dari urusan luar negara
- Pejabat Menteri Besar Perlis mengumumkan keadaan beliau kini stabil
- Rakyat Perlis diminta mendoakan kesihatan dan keselamatan Mohd Shukri Ramli
- Maklumat ini disiarkan melalui laman Facebook pejabat Menteri Besar Perlis
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
