Polis kesan remaja 13 tahun tak pulang rumah sejak Ahad

Polis sedang mencari seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang hilang sejak Ahad lepas.
Polis sedang mencari seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang hilang sejak Ahad lepas.
A
A
A

NIBONG TEBAL - Polis sedang mengesan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang dipercayai telah keluar dari rumahnya di sini sejak Ahad lepas (21 Disember) dan belum pulang hingga hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintenden Jay January Siowou berkata, remaja lelaki berkenaan bernama Mohamad Arishh dan berbangsa India Muslim.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat atau menjumpai remaja tersebut boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Surianah Jamlan di talian 04-5858222 atau 014-8696851," katanya dalam kenyataan malam Selasa. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis sedang mencari seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang hilang sejak Ahad lepas
  • Remaja tersebut keluar dari rumahnya di Nibong Tebal dan belum pulang hingga hari ini
  • Remaja tersebut bernama Mohamad Arishh dan berbangsa India Muslim
  • Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!