Alisa Safika hilang selepas keluar dari rumah nenek

Alisa Safika Noor Azmi dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah neneknya.
Alisa Safika Noor Azmi dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah neneknya.
A
A
A

KUALA KRAI - Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah neneknya di Kampung Lata Rek, Laloh, di sini, sejak awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat berkata, remaja berkenaan, Alisa Safika Noor Azmi, keluar dari rumah tanpa pengetahuan warga emas itu kira-kira jam 2 pagi.

“Alisa Safika merupakan remaja Melayu dengan ketinggian kira-kira 155 sentimeter.

“Berbadan gempal, manakala pakaian terakhir dipakai ketika keluar rumah masih belum dapat dipastikan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Alisa Safika tinggal bersama neneknya yang berusia 73 tahun dan hingga kini tidak pulang ke rumah.

Mazlan berkata, laporan polis berhubung kehilangan remaja itu dibuat di Balai Polis Laloh dan kes diklasifikasikan sebagai orang hilang.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan keberadaan mangsa diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Aminuddin Ishak di talian 011-14796349 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

“Maklumat segera yang disalurkan diharap dapat membantu menemukan remaja ini,” katanya.

 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

 

Ringkasan AI

  • Remaja perempuan berusia 15 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah neneknya di Kampung Lata Rek, Laloh
  • Keluar dari rumah tanpa pengetahuan neneknya pada jam 2 pagi
  • Alisa Safika Noor Azmi mempunyai ketinggian kira-kira 155 sentimeter dan berbadan gempal
  • Tinggal bersama neneknya yang berusia 73 tahun dan belum pulang ke rumah
  • Laporan polis telah dibuat dan orang ramai diminta untuk memberi maklumat kepada Pegawai Penyiasat Sarjan Aminuddin Ishak

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!