Kanak-kanak lelaki mandi pantai dikhuatiri lemas

Dalam kejadian sekitar jam 6.45 petang, Muhamad Irfan dipercayai telah dihanyutkan oleh ombak besar. Foto JBPM
Dalam kejadian sekitar jam 6.45 petang, Muhamad Irfan dipercayai telah dihanyutkan oleh ombak besar. Foto JBPM
A
A
A

BACHOK - Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas semasa mandi di Pantai Kemayang di sini pada Selasa.

Dalam kejadian sekitar jam 6.45 petang itu, Muhamad Irfan Mohd Afendi, 9, dipercayai telah dihanyutkan oleh ombak besar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Penolong Penguasa Bomba Ahmad Ridhuan Mohamad Ghazali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.15 malam.

"Sepasukan anggota pasukan penyelamat di air (PPA) dari Balai Bomba Bachok telah ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, setiba di lokasi pihaknya mendapati seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas di pantai tersebut.

Katanya, anggota terlibat telah melakukan operasi carian di permukaan untuk mengesan kanak-kanak terbabit.

"Pada jam 7.42 malam, kami telah meminda bantuan dari PPDA Balai Pengkalan Chepa untuk membantu," katanya.

Sementara itu, seorang pengunjung, Nor Suzilawati Nor Rashid, 24, memberitahu, semasa kejadian kanak-kanak terbabit sedang mandi bersama adiknya yang berusia 12 tahun.

"Ketika kejadian ibu dan bapa kepada kanak-kanak itu ada berhampiran lokasi. Sekitar jam 6.45 petang, ibu kepada kanak-kanak berkenaan telah memanggil anaknya.

Artikel Berkaitan:

"Kemudian kanak-kanak tersebut telah ditarik oleh ombak kuat. Bapa kepada kanak-kanak itu berusaha menyelamatkan anaknya, tapi gagal kerana ombak terlalu kuat," katanya.

Ringkasan AI

  • Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas semasa mandi di Pantai Kemayang
  • Muhamad Irfan Mohd Afendi, 9, dihanyutkan oleh ombak besar
  • Balai Bomba dan Penyelamat Bachok menerima panggilan kecemasan dan melakukan operasi mencari dan menyelamat
  • Kanak-kanak tersebut sedang mandi bersama adik salah seorang pengunjung ketika kejadian
  • Ibu dan bapa kanak-kanak itu ada di lokasi saat kejadian, bapa gagal menyelamatkan akibat ombak kuat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!