Lelaki dikhuatiri lemas bot terbalik ketika memancing

MERSING – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki terbalik ketika memancing di Sungai Lenggor di sini pada Isnin.
Mangsa dikenali sebagai Mohamad Putera Rizzurin Md Noh, 36, bertugas sebagai pembantu khidmat am di Sekolah Kebangsaan (SK) Nitar 2.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pegawai Bomba Kanan II Jailani Maimathu berkata, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada jam 5.43 petang.
Katanya, seramai 16 anggota dibantu BBP Kluang (PPDA) telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi pencarian dan menyelamat (SAR).
"Kejadian melibatkan tiga lelaki dewasa di mana seorang mangsa masih hilang, manakala dua lagi mangsa berusia 36 dan 29 tahun berjaya menyelamatkan diri dan berada dalam keadaan selamat.
"Lokasi mangsa dilaporkan hilang dianggarkan kira-kira tujuh kilometer dari jeti Loji Air Felda Nitar 2," katanya dalam kenyataan.
Jelasnya, operasi pencarian masih diteruskan bagi mengesan mangsa yang hilang.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas bot terbalik ketika memancing di Sungai Lenggor
- Mangsa bernama Mohamad Putera Rizzurin Md Noh, berumur 36 tahun dan bekerja di SK Nitar 2
- Panggilan kecemasan diterima pada jam 5.43 petang
- Sebanyak 16 anggota Bomba dan Penyelamat digerakkan untuk operasi SAR
- Dua mangsa lain berjaya selamat, pencarian masih berlangsung untuk mangsa yang hilang
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

