SI Rajah meninggal dunia, kehilangan besar buat PPP

SI Rajah meninggal dunia akibat pneumonia di Hospital Kuala Lumpur pada usia 86 tahun. - Foto Facebook PPP Perak
SI Rajah meninggal dunia akibat pneumonia di Hospital Kuala Lumpur pada usia 86 tahun. - Foto Facebook PPP Perak
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), SI Rajah meninggal dunia akibat pneumonia di Hospital Kuala Lumpur malam Isnin pada usia 86 tahun.

Perkara itu disahkan Presiden PPP Datuk Dr Loga Bala Mohan yang menyifatkan pemergian mendiang sebagai kehilangan besar kepada parti.

Beliau berkata, mendiang merupakan pemimpin yang dihormati dan memainkan peranan penting dalam memastikan kesinambungan serta pertumbuhan PPP semasa melalui tempoh mencabar dalam sejarahnya.

"Mendiang seorang yang komited dan berkhidmat kepada parti dengan dedikasi dan menjunjung prinsip penubuhannya iaitu pelbagai kaum serta berkhidmat untuk rakyat,” katanya kepada Bernama pada Selasa. 

Loga Bala berkata, kepimpinan dan bimbingan mendiang membantu parti melalui peralihan utama dan cabaran dalaman yang meninggalkan legasi kepada pemimpin serta ahli parti. 

S.I. Rajah, seorang peguam terkemuka merupakan presiden PPP dari 1978 hingga 1982 dan kekal berpengaruh walaupun selepas berundur daripada kepimpinan aktif parti. 

Pengebumian berlangsung di Krematorium Loke Yew pada 3 petang selepas upacara sembahyang  mengikut agama Hindu di Puchong, Selangor. 

Sementara itu, Naib Presiden MIC Datuk T. Murugiah yang turut memberi penghormatan terakhir kepada mendiang berkata, SI Rajah merupakan tokoh penting dalam membentuk PPP hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Bekas presiden Parti Progresif Penduduk, SI Rajah meninggal dunia akibat pneumonia di Hospital Kuala Lumpur pada usia 86 tahun
  • Kehilangan S.I Rajah dianggap besar kepada parti oleh Presiden PPP, Datuk Dr Loga Bala Mohan
  • Mendiang dihargai sebagai pemimpin yang berkomitmen dan berperanan penting dalam pertumbuhan PPP
  • SI Rajah juga seorang peguam terkemuka, memimpin PPP dari 1978 hingga 1982 tetapi kekal berpengaruh selepas tidak lagi dalam kepimpinan aktif
  • Pengebumian SI Rajah diadakan di Krematorium Loke Yew selepas upacara sembahyang mengikut agama Hindu di Puchong, Selangor

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!