Kantoi simpan burung bernilai tinggi, pemburu haram dicekup

Antara spesies burung bernilai tinggi yang dirampas Perhilitan dengan kerjasama PGA di kawasan rumah ladang di Gua Musang, Kelantan Ahad lalu. - Foto Perhilitan
Antara spesies burung bernilai tinggi yang dirampas Perhilitan dengan kerjasama PGA di kawasan rumah ladang di Gua Musang, Kelantan Ahad lalu. - Foto Perhilitan
A
A
A

GUA MUSANG - Pelbagai spesies burung bernilai tinggi dipercayai hasil pemburuan haram yang disimpan di rumah ladang di sini dibongkar pada Ahad.

Tindakan itu dijalankan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dengan kerjasama Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) Siri 12/2025 Zon Timur.

Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, operasi pemeriksaan ke atas beberapa rumah itu dijalankan bermula jam 5.30 petang.

Abdul Kadir
Abdul Kadir

"Pemeriksaan rumah pertama telah menyita 11 ekor burung, rumah kedua (satu ekor burung), rumah ketiga (satu ekor burung), rumah keempat (dua ekor burung), rumah kelima (satu ekor burung) dan rumah keenam (dua ekor burung).

"Rampasan melibatkan sembilan ekor murai batu, tujuh ekor merbah luris leher, seekor serindit dan seekor burung daun bernilai RM10,500," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Antara spesies burung bernilai tinggi yang dirampas Perhilitan dengan kerjasama PGA di kawasan rumah ladang di Gua Musang, Kelantan Ahad lalu. - Foto Perhilitan
Antara spesies burung bernilai tinggi yang dirampas Perhilitan dengan kerjasama PGA di kawasan rumah ladang di Gua Musang, Kelantan Ahad lalu. - Foto Perhilitan

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, berikutan itu, enam lelaki tempatan pekerja ladang berusia lingkungan 20 hingga 50-an ditahan.

Tambahnya, kesemua tangkapan disyaki menjalankan aktiviti menangkap burung untuk tujuan dipelihara dan dijual.

Tegas Abdul Kadir, kesemua tangkapan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang siasatan dijalankan mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2022 [Akta A1646].

Ringkasan AI

  • Pelbagai spesies burung bernilai tinggi disita di rumah ladang Gua Musang hasil pemburuan haram
  • Operasi dilakukan oleh Perhilitan dan PGA menerusi OBK Siri 12/2025 Zon Timur
  • Sebanyak 11 rumah diperiksa dan 18 ekor burung dirampas
  • Enam lelaki tempatan pekerja ladang ditahan atas syak menangkap dan menjual burung
  • Tangkapan dan rampasan disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2022

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!