Rakit bawa rombongan Wagub Aceh terbalik

BANDA ACEH - Rakit yang membawa rombongan Wakil Gabenor (Wagub) Aceh, Fadhlullah Dek Fadh menyeberangi sungai di kawasan Pameu, Kabupaten Aceh Tengah terbalik ketika mahu melawat mangsa terjejas banjir.
"Kesemuanya selamat," kata Kepala Biro Administrasi Pimpinan (Adpim) Setda Aceh, Akkar Arafat pada Ahad.
Kejadian itu berlaku ketika rombongan berkenaan mahu melihat sendiri keadaan masyarakat di daerah Pameu yang terputus hubungan akibat kerosakan infrastruktur yang teruk.
Mereka yang terjatuh ke dalam sungai terpaksa diselamatkan oleh anggota tentera bersama komuniti setempat.
"Tinjauan dilakukan kami diharap dapat mempercepatkan usaha penghantaran bantuan dan pemulihan infrastruktur serta perkhidmatan asas secara teratur di kawasan Aceh Tengah," jelasnya. - Agensi
Ringkasan AI
- Rakit membawa rombongan Wakil Gabenor Aceh terbalik di sungai Pameu, Kabupaten Aceh Tengah
- Semua penumpang rakit selamat
- Tujuan lawatan untuk melihat keadaan masyarakat terjejas banjir
- Penyelamatan dilakukan oleh anggota tentera dan komuniti setempat
- Lawatan bertujuan percepat penghantaran bantuan dan pemulihan infrastruktur di Aceh Tengah
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

