Gempar Perodua Myvi terbakar ketika pameran kenderaan

KUALA LANGAT – Suasana acara pameran kenderaan di sebuah pusat beli-belah di Telok Panglima Garang di sini pada Ahad gempar apabila sebuah kereta terbakar.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Telok Panglima Garang dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 9.25 malam.
“Kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang terbakar 90 peratus dan dipercayai milik peserta program terbabit.
“Kejadian itu turut melibatkan sebuah lagi Perodua Myvi yang dipercayai milik pengunjung pusat beli-belah berkenaan dan mengalami kerosakan kira-kira dua peratus,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Tambah beliau, kejadian tersebut bagaimanapun tidak melibatkan sebarang mangsa.
Jelasnya, kebakaran berjaya dipadamkan dan punca kejadian masih dalam siasatan.
Ringkasan AI
- Suasana pameran kenderaan di pusat beli-belah Telok Panglima Garang digemparkan kebakaran melibatkan kereta
- Balai Bomba dan Penyelamat Telok Panglima Garang bergegas ke lokasi selepas terima panggilan
- Satu kereta Perodua Myvi terbakar 90% dan dipercayai milik peserta pameran
- Satu lagi Perodua Myvi mengalami kerosakan 2% dipercayai milik pengunjung
- Tiada mangsa dalam kejadian, kebakaran berjaya dipadamkan dan punca masih disiasat
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
