Pendapatan e-hailing dan p-hailing menurun, RPM desak APAD ambil tindakan

Kenyataan dikeluarkan RPM pada Ahad.
Kenyataan dikeluarkan RPM pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Rakan Penghantar Melaka (RPM) melahirkan kebimbangan terhadap situasi semasa dalam industri gig, khususnya sektor e-hailing dan p-hailing, berikutan penyusutan pendapatan yang semakin membebankan rakan pemandu dan penghantar.

Setiausaha RPM, Kamarulzaman Ahmad berkata, satu sesi libat urus telah diadakan pada 17 November 2025 antara Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dengan beberapa persatuan pemandu e-hailing dan penghantar p-hailing.

“Antara isu utama yang dibincangkan ialah kajian tambang lantai e-hailing, pelaksanaan sistem tambang berasaskan tawar-menawar (bidding), kenaikan kos insurans e-hailing, serta isu berkaitan subsidi BUDI95,” ujarnya dalam kenyataan pada Ahad.

Bagaimanapun, sehingga kini, tiada sebarang maklum balas rasmi diterima daripada APAD, termasuk mengenai kajian tambang lantai e-hailing yang dijangka diumumkan pada Disember ini.

Dalam perbincangan itu, semua persatuan yang hadir sebulat suara bersetuju agar sistem tambang berasaskan tawar-menawar dihentikan segera kerana ia memberi kesan negatif kepada pendapatan dan mewujudkan persaingan tidak sihat.

“Kami menggesa APAD supaya mengambil tindakan segera selaras dengan keputusan yang telah dibincangkan, tanpa sebarang kelewatan,” tegas Kamarulzaman.

Beliau menegaskan, sesi libat urus yang diadakan tidak seharusnya sekadar “wayang”, sedangkan realiti di lapangan menunjukkan rakan pemandu dan penghantar terus menanggung tekanan akibat dasar dan sistem yang tidak adil.

Menurutnya lagi, APAD sebagai agensi yang bertanggungjawab mengawal selia industri gig perlu lebih peka dan sensitif terhadap realiti di lapangan serta bertindak segera, lebih-lebih menjelang Tahun 2026 yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Persatuan Rakan Penghantar Melaka (RPM) melahirkan kebimbangan terhadap situasi semasa dalam industri gig terutama sektor e-hailing dan p-hailing
  • Sesi libat urus telah diadakan antara Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dengan persatuan pemandu e-hailing dan penghantar p-hailing pada 17 November 2025
  • Isu utama yang dibincangkan termasuk kajian tambang lantai e-hailing, pelaksanaan sistem tambang berasaskan tawar-menawar, kenaikan kos insurans e-hailing, dan subsidi BUDI95
  • Semua persatuan yang hadir sebulat suara bersetuju agar sistem tambang berasaskan tawar-menawar dihentikan untuk mengelakkan persaingan tidak sihat
  • Kamarulzaman meminta APAD untuk bertindak segera dan mengambil tindakan yang konkrit selaras dengan keputusan yang telah dibincangkan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!