Golongan 21 hingga 30 tahun paling tinggi terjebak penipuan telekomunikasi

Jenayah telekomunikasi merekodkan 28,698 kes dengan kerugian mencecah RM715 juta pada tahun ini. Gambar hiasan
Jenayah telekomunikasi merekodkan 28,698 kes dengan kerugian mencecah RM715 juta pada tahun ini. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jenayah telekomunikasi merekodkan 28,698 kes dengan kerugian mencecah RM715 juta pada tahun ini.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dalam kenyataan memaklumkan, statistik setakat November itu mendapati usia lingkungan 21 hingga 30 tahun paling tinggi menjadi mangsa iaitu 8,789 orang.

Menurutnya, kumpulan umur 31 hingga 40 tahun pula mencatatkan jumlah mangsa kedua tertinggi iaitu 6,825 orang diikuti golongan berusia 41 hingga 50 tahun melibatkan 4,977 orang.

“Selain itu, seramai 3,382 individu berusia 51 hingga 60 tahun turut dilaporkan menjadi mangsa manakala 2,763 orang direkodkan dalam kalangan warga emas berusia lebih 60 tahun,” katanya dalam kenyataan yang dikongsikan menerusi Facebook JSJK pada Ahad.

Tambah kenyataan itu, kumpulan umur 15 hingga 20 tahun turut merekodkan jumlah 1,962 orang mangsa.

Jelasnya, situasi ini membuktikan bahawa penipuan jenayah telekomunikasi memberi kesan kepada semua lapisan umur dan orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada serta tidak mudah terpedaya dengan sebarang bentuk penipuan.

"Orang ramai yang menjadi mangsa boleh membuat laporan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997, membuat semakan melalui portal Semak Mule serta melaporkan kejadian kepada polis untuk tindakan lanjut," ujarnya.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Jenayah telekomunikasi merekodkan 28,698 kes dengan kerugian mencecah RM715 juta pada tahun ini
  • Usia lingkungan 21 hingga 30 tahun paling tinggi menjadi mangsa dengan jumlah 8,789 orang
  • Kumpulan umur 31 hingga 40 tahun mencatatkan jumlah mangsa kedua tertinggi, 6,825 orang
  • Seramai 3,382 individu berusia 51 hingga 60 tahun turut dilaporkan menjadi mangsa
  • Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada terhadap sebarang bentuk penipuan dan membuat laporan jika menjadi mangsa

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!