Rahang Jake Paul patah lepas 'makan' penumbuk Antony Joshua

PERSONALITI YouTube yang terjun ke dunia tinju, Jake Paul terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami patah rahang di dua tempat ketika tewas knockout (KO) kepada bekas juara dunia heavyweight, Anthony Joshua dalam pertarungan di Miami, Amerika Syarikat pada Sabtu.
Paul, 28, bertarung enam pusingan sebelum perlawanan dihentikan apabila gagal bangun selepas beberapa kali dijatuhkan.
Pertarungan kontroversi di Kaseya Center itu menyaksikan Paul jatuh ke kanvas pada pusingan kelima dan keenam.
Dalam pertarungan berat sebelah itu, Joshua, 36, mendominasi sejak pusingan kelima sebelum menamatkan pertarungan dengan pukulan overhand hook, menyebabkan Paul tidak dapat bangun sebelum pengadil Christopher Young membuat kiraan 10.
Selepas tamat pertarungan, Paul kemudian memuat naik imej imbasan x-ray rahangnya di media sosial yang menunjukkan patah dua di dua tempat berbeza.
Terdahulu, aksi di gelanggang dikritik sebahagian peminat, terutama selepas Paul beberapa kali rebah dan kelihatan bergelut dengan saiz dan kekuatan Joshua.
Ketua Most Valuable Promotions, Nakisa Bidarian memaklumkan masa pemulihan Paul dijangka antara empat hingga enam minggu sebelum bersedia kembali ke gelanggang.
Pertarungan tersebut turut disokong Netflix dan menarik perhatian kerana jurang pengalaman dan fizikal antara kedua-dua petinju.
Joshua yang kembali beraksi selepas berehat 15 bulan, mendaratkan 48 daripada 146 tumbukan berbanding hanya 16 tumbukan berjaya Paul sepanjang pertarungan.
Paul dan Joshua dilaporkan berkongsi habuan mencecah AS$184 juta (RM750 juta).
Ringkasan AI
- Personaliti YouTube, Jake Paul, dikejarkan ke hospital selepas mengalami patah rahang ketika tewas KO kepada Anthony Joshua
- Paul bertarung enam pusingan sebelum dihentikan gagal bangun selepas dijatuhkan
- Pertarungan di Kaseya Center menyaksikan Paul jatuh pada pusingan kelima dan keenam
- Joshua mendominasi dari pusingan kelima dan menamatkan pertarungan dengan pukulan overhand hook
- Masa pemulihan Paul dijangka antara empat hingga enam minggu sebelum kembali ke gelanggang
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

