Kes amang seksual: Seorang tenaga pengajar ditahan

KUALA LUMPUR - Seorang tenaga pengajar di sebuah sekolah agama di Kampung Pandan di sini ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes seorang murid menjadi mangsa amang seksual.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, lelaki berusia 40 tahun itu ditahan pada Jumaat.
"Suspek telah mengajar di sekolah itu kira-kira 11 tahun. Lelaki itu telah direman enam hari bermula Sabtu hingga Khamis bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Pada Jumaat, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kes itu pada jam 4.16 petang, Selasa lalu.
Mangsa merupakan murid lelaki berusia 11 tahun.
Kes disiasat mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017.
Ringkasan AI
- Seorang tenaga pengajar sekolah agama di Kampung Pandan, Kuala Lumpur ditahan berkaitan kes amang seksual murid
- Lelaki berusia 40 tahun itu telah mengajar di sekolah tersebut selama 11 tahun
- Direman enam hari bermula Sabtu untuk siasatan
- Laporan kepada polis dibuat pada jam 4.16 petang, Selasa lalu
- Mangsa ialah murid lelaki berusia 11 tahun
- Kes disiasat mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
