Guru ditahan bantu siasatan kes amang seksual murid 11 tahun

Suspek merupakan lelaki berusia 40-an. Gambar hiasan
Suspek merupakan lelaki berusia 40-an. Gambar hiasan
A
A
A

Kuala Lumpur - Seorang guru di sebuah sekolah di Kampung Pandan di sini ditahan bagi membantu siasatan kes amang seksual melibatkan kanak-kanak berusia 11 tahun pada Jumaat. 

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata, semakan mendapati lelaki berusia 40 tahun itu telah mengajar di sekolah berkenaan kira-kira 11 tahun.

"Lelaki terbabit direman enam hari bermula hari ini (Sabtu) hingga Khamis depan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu. 

Pada Jumaat, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail memaklumkan pihaknya menerima laporan berkaitan kes itu pada 4.16 petang, Selasa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017. - Bernama 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang guru ditahan untuk siasatan kes amang seksual terhadap kanak-kanak 11 tahun di Kampung Pandan, Kuala Lumpur
  • Guru tersebut berusia 40 tahun dan telah mengajar selama kira-kira 11 tahun di sekolah tersebut
  • Guru tersebut direman selama enam hari untuk siasatan
  • Laporan berkaitan kes tersebut diterima oleh pihak polis pada petang Selasa
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!