Hujan lebat tahap buruk landa empat negeri sehingga Khamis

Amaran hujan berterusan dijangka melanda beberapa negeri sehingga Khamis ini. Foto hiasan
Amaran hujan berterusan dijangka melanda beberapa negeri sehingga Khamis ini. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan yang dijangka melanda beberapa negeri sehingga Khamis ini.

MetMalaysia dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan hujan lebat berterusan tahap buruk diramalkan membadai seluruh Kelantan dan Terengganu.

Amaran cuaca sama turut melibatkan beberapa kawasan di Pahang, membabitkan Kuantan, Pekan dan Rompin, serta Johor di Mersing dan Kota Tinggi.

Jabatan itu memaklumkan hujan berterusan tahap waspada pula dijangka melanda Perak (Hulu Perak dan Kuala Kangsar), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran dan Bera) serta Johor (Segamat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru) untuk tempoh sama.

Selain itu, amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku sehingga esok di Pahang melibatkan Raub dan Bentong serta Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah). - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Amaran hujan berterusan dijangka melanda beberapa negeri sehingga Khamis ini
  • Ruang lingkup amaran merangkumi seluruh Kelantan dan Terengganu
  • Cuaca sama turut melibatkan kawasan di Pahang seperti Kuantan, Pekan dan Rompin serta Johor di Mersing dan Kota Tinggi
  • Amaran cuaca waspada pula melanda Perak, Pahang dan Johor untuk tempoh sama
  • Amaran hujan berterusan tahap waspada juga dijangka berlaku di Pahang dan Sarawak sehingga esok

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!