Bersih kawasan kampus terjejas banjir

No Image Caption
A
A
A

KUANTAN - Para petugas dan pelajar Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UNIPSAS) dengan kerjasama pelajar dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah dan Belia Pahang giat menjalankan gotong-royong untuk membersihkan kawasan kampus yang terjejas dan rosak akibat banjir yang melanda beberapa hari lepas pada program Gotong-Royong Pasca-Banjir UNIPSAS di UNIPSAS pada Sabtu.

Program ini merupakan usaha pemulihan awal pasca-banjir serta manifestasi kerjasama institusi pendidikan dan komuniti setempat.

Di Pahang, jumlah mangsa banjir terus menunjukkan penurunan dengan 11,166 orang daripada 3,677 keluarga ditempatkan di 68 pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini berbanding 12,226 orang daripada 4,052 keluarga di 79 PPS petang pada Jumaat.

Menurut Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kuantan masih merekodkan jumlah paling tinggi mangsa terjejas, iaitu sebanyak 9,645 orang ditempatkan di 44 PPS. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!