Budak 3 tahun lebam mata dipukul anak pengasuh

Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai punca dia dipukul anak pengasuh sehingga lebam pada mata kirinya. Foto hiasan
Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai punca dia dipukul anak pengasuh sehingga lebam pada mata kirinya. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai punca dia dipukul anak pengasuh sehingga lebam pada mata kirinya dalam kejadian di sebuah rumah di Batu Muda di sini pada Selasa lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, suspek berusia 18 tahun dikatakan bertindak demikian kerana dipercayai mengganggunya yang sedang berehat di rumah.

"Suspek telah ditahan semalam (Khamis) dan kini direman empat hari bermula hari ini.

Fadil
Fadil

“Kanak-kanak itu dilaporkan stabil dan masih berada di wad Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sebelum itu, kejadian kira-kira pukul 4.30 petang disedari selepas ibu mangsa datang untuk mengambil anaknya di rumah pengasuh terbabit sebelum mendapati mata anaknya cedera.

Laporan polis kemudian dibuat ibu bapa mangsa di Balai Polis Jinjang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Tangisan kanak-kanak tiga tahun dipercayai jadi punca dipukul anak pengasuh sehingga lebam
  • Suspek berusia 18 tahun bertindak kerana terganggu ketika berehat
  • Suspek ditahan dan direman empat hari
  • Kanak-kanak itu stabil dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur
  • Ibu mangsa dapati mata anaknya cedera, laporan polis dibuat di Balai Polis Jinjang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!