Polis siasat kes amang seksual budak 11 tahun

KUALA LUMPUR - Polis menyiasat kes seorang murid sebuah sekolah agama di Kampung Pandan di sini yang dipercayai menjadi mangsa amang seksual.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, laporan diterima pihaknya pada jam 4.16 petang, Selasa lalu.
"Mangsa iaitu murid lelaki berusia 11 tahun.
"Kes masih dalam siasatan dan polis sedang mengesan lelaki (suspek) terbabit bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Tambahnya, kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017.
Ringkasan AI
- Polis menyiasat kes amang seksual terhadap murid sekolah agama di Kampung Pandan
- Laporan diterima pada Selasa lepas
- Mangsa adalah murid lelaki berusia 11 tahun
- Polis sedang mengesan lelaki (suspek) untuk membantu siasatan
- Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
