X

Kindly register in order to view this article
!

Gardenia tingkat pengeluaran 2.2 juta roti sehari

Gardenia - Foto sumber internet
A
A

SHAH ALAM - Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd telah meningkatkan pengeluarannya ke tahap 2.2 juta buku roti sehari menerusi lima buah kilangnya yang beroperasi selama 24 jam.

Pengurus Besar Kanannya, Desmond Tan berkata, pengeluaran berkenaan merupakan penambahan sebanyak lima peratus dari jumlah pengeluaran sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Bekalan ini mampu menampung sebanyak 60 peratus daripada permintaan roti dari seluruh Semenanjung Malaysia dengan jenama lain turut mengalami permintaan yang tinggi sejak PKP dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima lawatan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid ke kilang itu di sini hari ini.

Katanya, walaupun berlaku peningkatan kadar pengeluaran roti, pihaknya sentiasa mengikut piawaian yang ditetapkan termasuk aspek kebersihan, penghantaran dan pengurusan roti yang telah tamat tempoh.

Sementara itu, Rosol bersetuju agar peruncit melaksanakan pembelian roti terhad secara kendiri mengikut keperluan lokaliti masing-masing demi menjaga kebaikan pengguna yang lain.- Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf