ABC lancar kedai utama Underwater di Hextar World, Empire City

Pembukaan rasmi kedai utama Underwater di Hextar World, Empire City
Pembukaan rasmi kedai utama Underwater di Hextar World, Empire City
A
A
A

ASIAN Beauty Corner (ABC) baru-baru ini meraikan pembukaan rasmi kedai utama pertama Underwater di Hextar World, Empire City sekali gus menandakan satu pencapaian penting dalam pengembangan jenama tersebut.

Pada acara meriah yang dihadiri lebih 200 tetamu, ABC memperkenalkan penambahan terkini dalam senarai kedai Underwater termasuk kopi Newmix, Delight Project bagel chips, Laundryou, I’m From dan banyak lagi menjadikan portfolio syarikat kepada 53 jenama eksklusif ketika syarikat merekodkan hasil sebanyak RM70 juta.

Dalam kenyataannya, ABC berkata, selari dengan pertumbuhan strategik, syarikat mengetengahkan pengembangan divisyen OEM yang menampilkan jenama sedia ada E;ye & Sui diinspirasikan oleh cinta, kecantikan dan identiti “u eye u sui,”.

“Turut diraikan pelancaran koleksi MOTD (멋) Perfume yang baharu, dibangunkan di Seoul melalui kerjasama rapat dengan pasukan ABC di Malaysia sekali gus menegaskan kekuatan perkongsian antarabangsa,” katanya.

Pembukaan rasmi kedai utama pertama Underwater di Hextar World, Empire City
Pembukaan rasmi kedai utama pertama Underwater di Hextar World, Empire City

Pada majlis sama, syarikat turut mengumumkan penubuhan Luv Scents pada tahun 2025, sebuah divisyen yang didedikasikan untuk membawa jenama wangian Korea terkemuka ke Malaysia dan menjadikannya lebih mudah diakses pengguna tempatan.

Mengukuhkan lagi kehadiran globalnya, ABC juga telah dipilih secara eksklusif oleh Olive Young, peruncit kecantikan terbesar di Korea untuk memperkenalkan lebih banyak jenamanya ke pasaran Malaysia.

Dipandu oleh pengasasnya, Jace Tan, ABC meneruskan misi memperkasa wanita melalui inovasi kecantikan dan gaya hidup dengan tawaran kesejahteraan seperti suplemen dalam masa terdekat, terus meletakkan jenama ini sebagai inovator utama dalam landskap runcit gaya hidup di rantau ini.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, majlis perasmian dimeriahkan dengan pelbagai pengisian menarik termasuk upacara pemotongan reben, persembahan tarian bertenaga, persembahan kumpulan muzik secara langsung oleh Skipper serta sesi coffee rave bersama jenama kopi Korea yang sedang tular, Newmix.

Tetamu turut disajikan pertunjukan fesyen yang mempamerkan pilihan terkurasi Underwater diikuti cabutan bertuah kolaborasi bersama MYA Bird’s Nest, MARQ, 7Days dan The Lisbon Melaka sekali gus menambahkan keterujaan dan memeriahkan suasana.

Tidak ketinggalan, Janice Yong bersama jurusolek selebriti, Heley turut mengadakan kelas solekan eksklusif sempena pembukaan kedai baharu Underwater.

Ringkasan AI

  • ASIAN Beauty Corner meraikan pembukaan rasmi kedai utama Underwater di Hextar World, Empire City
  • Acara pembukaan tersebut dihadiri oleh lebih 200 tetamu dan menampilkan penambahan produk baru menjadikan portfolio syarikat itu kepada 53 jenama eksklusif
  • ABC mengumumkan pengembangan divisyen OEM dan pelancaran koleksi MOTD Perfume yang dibangunkan di Seoul
  • Syarikat mengumumkan penubuhan Luv Scents pada tahun 2025 untuk memudahkan akses kepada jenama wangian Korea di Malaysia
  • ABC telah dipilih oleh Olive Young untuk memperkenalkan lebih banyak produk kecantikan Korea ke pasaran Malaysia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!