Banjir Johor: Dua jalan di Segamat ditutup, 347 mangsa di Mersing

JOHOR BAHRU - Dua laluan di daerah Segamat ditutup kepada semua jenis kenderaan selepas dinaiki air susulan hujan berterusan.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Jalan Jabi–Bukit Tempurong (J156) ditutup sepenuhnya membabitkan seksyen jalan di Kilometer 7.0 hingga 7.1 dengan paras air 0.25 meter.
Seterusnya di Kilometer 6.20 hingga 6.24,Jalan Jabi–Bukit Tempurong (J156) dengan paras air sekitar 0.19 meter.
"Bagi daerah Kota Tinggi, Jalan Mawai Lama (J172) dilaporkan dinaiki air setinggi antara 0.40 hingga 0.60 meter, dengan bacaan semasa sekitar 0.23 meter. Bagaimanapun, laluan berkenaan dibuka kepada kenderaan berat sahaja bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.
"Sementara itu, laluan Kota Tinggi–Kluang (FT003) di Kilometer 51.50 hingga 52.50, kawasan Kim Long, turut terjejas dengan paras air sekitar 0.10 meter. Laluan ini hanya dibenarkan kepada kenderaan ringan buat masa ini," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sementara itu, seramai 347 mangsa banjir daripada 90 keluarga masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Mersing pada pagi Khamis.
Mangsa banjir kini ditempatkan di tiga PPS yang dibuka di daerah itu pada Rabu membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Air Tawar, SK Labong dan SJKC Chiao Ching
Mengenai paras air sungai pula, beberapa sungai utama di Johor direkodkan menunjukkan trend meningkat setakat jam 10 pagi Khamis.
Di Segamat, paras air Sungai Muar di Kampung Awat mencatat bacaan 19.87 meter, hampir mencecah paras bahaya 19.95 meter.
Keadaan sama direkodkan di Sungai Muar di Buloh Kasap dengan paras air 8.11 meter berbanding paras bahaya 8.53 meter.
Di Batu Pahat, paras air Sungai Lenik di Ladang Chaah direkodkan pada 7.22 meter, melepasi paras bahaya 7.00 meter.
Ringkasan AI
- Dua laluan di daerah Segamat, Johor ditutup akibat banjir
- Paras air di Jalan Jabi–Bukit Tempurong mencapai 0.25 meter
- Jalan Mawai Lama di Kota Tinggi dibuka hanya untuk kenderaan berat dengan paras air 0.23 meter
- Laluan Kota Tinggi–Kluang terjejas dan dibenarkan hanya untuk kenderaan ringan
- Seramai 347 mangsa banjir berlindung di tiga pusat pemindahan sementara di Mersing
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

