UTM tawar khidmat pakar kesan Covid-19 dalam pembentungan

UTM
UTM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menawarkan khidmat kepakaran untuk melakukan kajian terperinci tentang penemuan terkini wabak koronavirus (Covid-19) yang dikatakan berisiko dipindahkan melalui air sisa dalam sistem pembetungan.

Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Dr Wahid Omar berkata, penemuan oleh institut kajian kesihatan di Belanda, Rijksinstituut voor Volksgezondheid en Milieu (RIVM) itu didedahkan menerusi laporan mereka.

Bagaimanapun, beliau berkata, perkara itu belum dipastikan tanpa kajian menyeluruh dan ekoran itu, pihaknya mengambil inisiatif memantau penemuan baharu tersebut.

Beliau berkata, kajian tersebut melibatkan saintis dan pakar penyelidik bidang perawatan air sisa dari makmal Metabolic Engineering and Molecular Biology (MEMO-Bio) dan Nest-Bio Venture di Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun (MJIIT) serta Makmal Penyelidikan Virus, Fakulti Sains UTM.

"Ia melibatkan proses saringan bagi mengenal pasti Covid-19 dalam sampel air sisa melalui teknik Next Generation Sequencing (NGS).

"Kaedah itu membantu penyelidik UTM untuk memastikan ketahanan dan pembiakan Covid-19 dalam sistem pembetungan air sisa.

"Virus dikesan dalam sampel najis pesakit yang mengalami cirit-birit sebagai satu daripada simptom Covid-19 mendorong pelbagai uji kaji dan penyelidikan awal untuk membendung penyebaran virus ini daripada berleluasa," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Artikel Berkaitan: