Dua beranak rentung: Polis jalankan siasatan terperinci

Pasukan bomba menyelamatkan seorang mangsa yang cedera dalam kebakaran sebuah rumah di di Lorong Nakhoda 5, Taman Rathna, Butterworth pada pagi Rabu.
Pasukan bomba menyelamatkan seorang mangsa yang cedera dalam kebakaran sebuah rumah di di Lorong Nakhoda 5, Taman Rathna, Butterworth pada pagi Rabu.
A
A
A

BUTTERWORTH - Polis sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kebakaran yang mengorbankan seorang wanita dan anak angkatnya di Taman Rathna, Telok Air Tawar, di sini pada 10 Disember lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, pihaknya juga sedang menunggu masa yang sesuai untuk merakamkan percakapan anak lelaki mangsa bagi membantu siasatan.

"Polis sedang menyiasat sama ada kebakaran itu mempunyai kaitan jenayah, khianat atau sebaliknya.

"Kami juga sedang menunggu masa yang sesuai untuk rakam percakapan memandangkan dia (mangsa yang terselamat) masih menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ)," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Polis sebelum ini mengklasifikasikan kematian seorang wanita dan anak angkatnya dalam kejadian kebakaran itu sebagai mati mengejut (SDR) sehingga laporan bedah siasat dan laporan forensik bomba diperoleh.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman dilaporkan berkata, pasukan Forensik Bomba telah mengambil beberapa sampel di tempat kejadian untuk tujuan analisa dan punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba.

Pasukan Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang juga telah hadir menjalankan siasatan di tempat kejadian, dan hasil maklumat orang awam serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran menunjukkan terdapat kepulan asap dan api merebak dengan cepat membakar sebahagian sktruktur rumah.

Dalam kejadian itu, Hayani Yaakob, 50-an dan anak angkat perempuan dikenali sebagai Andra berusia lima tahun rentung akibat terperangkap di dalam rumah berkenaan, manakala anak lelakinya Daniel Quyum Kamarozlan, 20-an cedera dihempap struktur bumbung yang runtuh.

Media melaporkan bomba menerima panggilan pada jam 9.41 pagi dan mayat kedua-dua mangsa dijumpai di ruang tamu berhampiran pintu utama, manakala Daniel Quyum ditemukan di kawasan pintu dapur. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis sedang siasat kebakaran di Taman Rathna yang mengorbankan wanita dan anak angkatnya
  • Menunggu untuk rakam percakapan anak lelaki mangsa yang masih dirawat di hospital
  • Siasatan meliputi kemungkinan kaitan jenayah atau khianat
  • Kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menanti laporan bedah siasat dan forensik
  • Hayani Yaakob dan anak angkatnya Andra rentung, manakala Daniel Quyum Kamarozlan cedera

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!