Wanita bunuh anak saudara kerana terlalu cantik

PANIPAT - Seorang wanita tergamak melemaskan anak saudara perempuannya sendiri hanya kerana mangsa lebih cantik berbanding dirinya.
Jenayah kejam itu dilakukan ketika majlis perkahwinan di Panipat, utara India dan dilakukan pelaku kerana cemburu dengan kecantikan anak saudaranya yang berusia enam tahun.
Mangsa hadir di acara itu bersama keluarganya dan dilaporkan hilang ketika majlis itu sedang berlangsung.
Tidak lama selepas itu kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke hospital, namun disahkan sudah meninggal dunia.
Susulan insiden itu, pihak berkuasa menahan ibu saudaranya, Punam yang akhirnya mengaku melakukan pembunuhan itu.
Pegawai penyiasat bagaimanapun terkejut apabila mendapati wanita itu tidak dapat menerima kenyataan mangsa lebih bergaya berbanding dirinya.
"Dia mengikut mangsa ke ruang bumbung dan berpura-pura untuk berbual dengannya. Dia kemudiannya melemaskan mangsa dalam tab mandi plastik berisi air.
"Pelaku mengunci pintu dari luar dan kembali ke majlis itu. Dia mengaku berasa kurang senang melihat mana-mana perempuan yang lebih cantik daripadanya," ujar jurucakap polis.
Lebih mengejutkan, ia bukanlah jenayah pertama kerana Punam pernah membunuh tiga kanak-kanak termasuk seorang anak lelakinya. - Agensi
Ringkasan AI
- Seorang wanita di Panipat membunuh anak saudara perempuannya kerana cemburu akan kecantikan mangsa
- Kejadian berlaku semasa majlis perkahwinan dan mangsa berusia enam tahun
- Mangsa dilaporkan hilang pada majlis itu dan kemudian ditemui meninggal dunia
- Ibu saudara mangsa ditahan dan mengaku melakukan pembunuhan
- Pelaku pernah membunuh tiga kanak-kanak lain, termasuk anak lelakinya sendiri
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

