'Saya mahu berehat, tunai umrah dalam masa terdekat' - Mohd Na’im

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menyantuni para pegawainya dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) buat kali terakhir pada Rabu.
Beliau yang tiba jam 8.20 pagi di Kompleks Islam disambut oleh pegawai dan kakitangan agensi termasuk Setiausaha Politik, Dr Muhamad Razak Idris.
Ketika ditanya wartawan, Mohd Nai'm berkata, beliau tidak mempunyai sebarang perancangan dan mahu berehat terlebih dahulu.
"Insya-ALLAH, saya akan berangkat menunaikan umrah dalam masa terdekat," katanya.
Selepas meluangkan masa kira-kira dua jam, beliau kemudiannya berangkat pulang.
Mohd Na'im,58, yang juga bekas Ketua Hakim Syarie dilantik ke jawatan itu pada 2 Disember 2022 selepas mengangkat sumpah sebagai Senator.
Beliau dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa antara nama yang digugurkan dalam rombakan Kabinet kali kedua Kerajaan Perpaduan.
Turut digugurkan, Timbalan Menteri Perpaduan, K Saraswathy.
Ringkasan AI
- Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menyantuni para pegawai dan JAKIM buat kali terakhir
- Beliau tiba di Kompleks Islam dan disambut oleh pegawai dan kakitangan
- Mohd Na'im tidak mempunyai sebarang perancangan selepas berhenti dan ingin berehat terlebih dahulu
- Beliau merancang untuk menunaikan umrah dalam masa terdekat
- Mohd Na'im dan Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa digugurkan dalam rombakan Kabinet kali kedua Kerajaan Perpaduan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

