Pusat jagaan sementara buat anak 'frontliners'

Mary Josephine(depan kanan) bersama lapan sukarelawan yang mengenalikan pusat jagaan untuk petugas frontliners
Mary Josephine(depan kanan) bersama lapan sukarelawan yang mengenalikan pusat jagaan untuk petugas frontliners
A
A
A

SEREMBAN – Prihatin dengan keadaan anggota barisan hadapan negara yang kini terpaksa bekerja keras susulan pandemik koronavirus (Covid-19), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rahang mengambil inisiatif menyediakan kemudahan pusat jagaan kepada anak-anak mereka secara percuma.

Pusat jagaan di Jalan Rasah yang mula beroperasi Selasa lalu kini menempatkan seramai tujuh kanak-kanak berusia dua hingga 12 tahun.

ADUN Rahang, Mary Josephine Prittam Singh berkata, pusat jagaan itu yang boleh memuatkan sehingga 15 kanak-kanak dikendalikan oleh lapan sukarelawan dan dibuka bermula jam 7 pagi sehingga 7 malam.

“Kita turut menyediakan kemudahan ini khas kepada petugas frontliners bukan sahaja doktor dan jururawat, tetapi pasukan keselamatan yang menghadapi masalah untuk menempatkan anak-anak.

Pemeriksaan suhu badan akan dilakukan bagi memastikan semua kanak-kanak berada dalam keadaan sihat
Pemeriksaan suhu badan akan dilakukan bagi memastikan semua kanak-kanak berada dalam keadaan sihat

“Saya juga mendapat kebenaran daripada Menteri Besar, Exco dan Pengarah Jabatan Kesihatan negeri untuk menyediakan perkhidmatan ini,” katanya pada sidang media hari ini.

Menurutnya, kumpulan sukarelawan berkenaan turut mendapat khidmat nasihat daripada Jabatan Kesihatan.

“Semua perabot dan peralatan di sini akan disanitasi dan kanak-kanak juga akan diperiksa suhu badan setiap dua jam sekali termasuk setiap kali datang dan sebelum diambil penjaga.

Artikel Berkaitan:

“Kanak-kanak juga akan dimandikan menggunakan syampu dan sabun anti bakteria sebaik tiba di pusat jagaan ini,” katanya.

Mary membuat sanitasi perabot yang ada di pusat jagaan
Mary membuat sanitasi perabot yang ada di pusat jagaan

Selain itu katanya, bagi memastikan keselamatan, ibu bapa, penjaga atau wakil keluarga perlu mendaftarkan diri dan menandatangani buku log yang di letakkan di pintu masuk ketika menghantar dan mengambil anak masing-masing.

Beliau berkata, ibu bapa juga perlu menyediakan bekas air, tuala, pakaian harian, lampin pakai buang dan alat kebersihan masing-masing.

“Kita juga menyediakan makanan halal di sini dan ibu bapa perlu membekalkan susu tepung untuk anak masing-masing.

“Kepada pasukan frontliners yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi saya di talian 016-2382275,” katanya.