Lelaki dicekup curi harumanis ketika PKP

Seorang lelaki direman di Mahkamah Majistret Kangar kerana mencuri mempelam harum manis dalam tempoh PKP.
Seorang lelaki direman di Mahkamah Majistret Kangar kerana mencuri mempelam harum manis dalam tempoh PKP.
A
A
A

KANGAR - Di sebalik arahan terhadap penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), seorang lelaki sanggup mengambil kesempatan mencuri 80 biji mempelam harumanis di sebuah ladang di Kampung Che Gu Ali, Mata Ayer di sini.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, lelaki berusia 48 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Taman Putra Height, Arau kira-kira jam 12.10 tengah malam Khamis selepas dikesan melakukan jenayah itu kira-kira jam 9.30 pagi, pada hari sebelumnya.

Beliau berkata, dalam kejadian tersebut, pemilik kebun yang menyedari perbuatan lelaki terbabit bertindak mengejarnya namun gagal selepas suspek melarikan diri dengan menaiki kereta jenis Perodua Viva.

"Tindakan lelaki terbabit mengakibatkan mangsa mengalami kerugian RM500," katanya kepada pemberita hari ini.

Difahamkan, suspek aktif mencuri harumanis di sekitar Perlis.

Sebelum itu, Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kangar, Monica Joseph Gaisah telah membenarkan suspek untuk direman selama tiga hari sehingga hari ini sebelum dilanjutkan sehingga Isnin untuk sebutan kes.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri. Jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya.

Artikel Berkaitan: