Beberapa menteri sedia ada dikekalkan, pacu ekonomi negara - PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media khas mengenai Pengumuman Anggota Kabinet Baharu Kerajaan MADANI di Bangunan Perdana Putra hari ini. Foto Bernama
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media khas mengenai Pengumuman Anggota Kabinet Baharu Kerajaan MADANI di Bangunan Perdana Putra hari ini. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengekalkan beberapa menteri sedia ada dalam Kabinet Kerajaan MADANI bagi memastikan kesinambungan pasukan dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan menangani isu rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof masing-masing mengekalkan portfolio Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah serta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan turut dikekalkan, selain Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil terus memacu Kementerian Komunikasi dalam barisan Kabinet kali ini bersama dengan Timbalannya, Teo Nie Ching.

Turut dikekalkan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dan Timbalannya, M Kulasegaran.

Portfolio Kementerian Pengangkutan masih digalas Anthony Loke bersama-sama Timbalannya, Datuk Hasbi Habibulloh dan Datuk Seri Mohamad Sabu mengekalkan portfolio Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir juga kekal menerajui kementerian masing-masing dalam Kabinet Kerajaan Madani.

Turut kekal ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Alexander Nanta Linggi.

Barisan menteri dan timbalan menteri lain yang kekal adalah seperti yang berikut:

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming

Artikel Berkaitan:

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang

Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Agong Dagang

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali

Menteri Digital, Gobind Singh Deo

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Yusof Apdal

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr Fuziah Salleh

Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengekalkan beberapa menteri dalam Kabinet Kerajaan MADANI untuk kesinambungan pasukan
  • Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof mengekalkan portfolio mereka
  • Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil turut dikekalkan
  • Portfolio Kementerian Pengangkutan dipegang Anthony Loke dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan oleh Datuk Seri Mohamad Sabu
  • Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal menerajui kementerian mereka

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!