Johari kini ke MITI, Taufik terajui KBS

Johari Abdul Ghani (kiri) dan Dr Mohammed Taufiq Johari
Johari Abdul Ghani (kiri) dan Dr Mohammed Taufiq Johari
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani kini dilantik sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yang baharu menerusi rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan yang diadakan pada Selasa.

Pelantikan itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pengumuman khas mengenai barisan Kabinet baharu.

Manakala jawatan Timbalan Menteri MITI diisi oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin.

Sebelum ini, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri disandang Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, manakala Timbalan Menterinya pula sebelum ini Liew Chin Tong yang kini dilantik Timbalan Menteri Kewangan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan (KBS) yang baharu.

Dr Mohammed Taufiq menggantikan Hannah Yeoh yang bertukar portfolio sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).

Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang baharu pula diberikan kepada Ahli Parlimen Mas Gading, Mordi anak Bimol.

Beliau menggantikan Adam Adli Abd Halim yang ditukarkan ke Kementerian Pendidikan Tinggi dengan jawatan sama sebagai timbalan menteri.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilantik sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri
  • Pelantikan tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
  • Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, menjadi Timbalan Menteri baru MITI
  • Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari, dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan baru
  • Mordi anak Bimol, Ahli Parlimen Mas Gading, dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan baru

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!