Mustapha Sakmud kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Saraswathy digugurkan

Mustapha kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi urusan Sabah dan Sarawak.
Mustapha kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi urusan Sabah dan Sarawak.
A
A
A

PUTRAJAYA - Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mustapha Sakmud dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi urusan Sabah dan Sarawak.

Perkara tersebut diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dalam pengumuman khas mengenai barisan Kabinet baru.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tawau dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Lo Sui Fui diumumkan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).

Selain itu, senator mewakili PKR, Saraswathy Kandasami digugurkan sebagai Timbalan Menteri Perpaduan.

Saraswathy digugurkan sebagai Timbalan Menteri Perpaduan.
Saraswathy digugurkan sebagai Timbalan Menteri Perpaduan.

Jawatannya digantikan dengan Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran juga daripada PKR.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mustapha Sakmud dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi urusan Sabah dan Sarawak
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan barisan Kabinet baharu
  • Datuk Lo Sui Fui dari Gabungan Rakyat Sabah diumumkan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)
  • Senator mewakili PKR, Saraswathy Kandasami digugurkan sebagai Timbalan Menteri Perpaduan
  • Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran daripada PKR dilantik menggantikan Saraswathy Kandasami sebagai Timbalan Menteri Perpaduan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!